Sunday, November 1, 2015

Perkuburan Baqi

Rabu, 21 Okt 2015: Tanah perkuburan Baqi' (disebut ba-qiq) dibuka untuk orang ramai selepas Subuh hingga pukul 7 pagi, dan selepas Asar hingga pukul 5 petang. Sepatutnya kami dibawa oleh Petugas Haji untuk masuk ke perkuburan Baqi' pada hari Ahad 18 Okt lepas iaitu dalam siri Ziarah Dalam. Tapi lepas kami ditunjukkan tempat nak masuk ke Raudhah, semua Petugas Haji hilang lesap jadi kami semua balik ke hotel selepas itu. Lepas tu Petugas Haji tidak pula bukak mulut tentang lawatan ke perkuburan Baqi' ni jadi kami semua andaikan yang mereka mahu kami pergi sendiri-sendiri sahaja. Oklah kami paham. Muasassah.

Jadi aku pun pergilah sendiri-sendiri. Lepas sembahyang Asar, aku terus cari pagar perkuburan Baqi' (berhampiran kubah hijau) dan masuk ikut pintu pagar utama.

Perkuburan Baqi' ialah tanah perkuburan yang luas yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi yang dipisahkan oleh hanya satu tembok. Inilah perkuburan paling suci dalam Islam. Aku ada terbaca yang mengatakan ada 10,000 orang sahabat Nabi Muhammad s'a.w di kawasan perkuburan Baqi' ni. Selain dari isteri-isteri dan puteri dan putera Nabi Muhammad s'a.w, yang turut dikebumikan di perkuburan Baqi' ini ini ialah Abbas bin Abdul Muttalib (bapa saudara Nabi), Jaafar as-Sidiq (sepupu Nabi), Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Saad bin Muaz, dan Abdullah bin Mas’ud.

Selain dariitu ada makam Saidina Uthman bin Affan penyusun al-Quran dan Khulafa ar-Rashidin ketiga serta menantu Rasulullah s'a.w. Makamnya dikepung khas, dan tidak bercampur dengan kubur-kubur yang lain. Tapi terlalu simple. Batu nesannya tak bertanda, tiada sebarang tulisan, macam batu nesan yang lain. Berhampiran kubur Saidina Uthman bin Affan terdapat kubur Halimah as-Saadiah iaitu ibu susu Nabi Muhammad s'a.w.

Apabila mula-mula masuk ke kawasan perkuburan di sebelah kanan terletak kubur puteri-puteri Nabi Muhammad s'a.w. iaitu Umi Kalthom, Ruqiyah (Roqayyah) dan Zainab. Depan sikit lagi ada kubur kesemua sembilan isteri-isteri Nabi Muhammad s'a.w. (kecuali kubur Khadijah Al-Khuwailid yang ada di Makkah) tapi kubur-kubur mereka digabungkan.

Di sebelah kiri lorong pertama ada kubur makcik paling rapat Nabi Muhammad s'a.w iaitu Saidatina Safia. Jalan lagi ke hadapan akan jumpa kubur anak lelaki Nabi Muhammad s'a.w yang meninggal dunia masa kecil iaitu Ibrahim. Kecil saja kuburnya. Kubur lain yang ada di sana ialah kubur cucu Rasulullah s'a.w iaitu Saidina Hassan, bapa saudara baginda iaitu Abbas.

Aku pernah jumpa satu hadis yang bermaksud lebih kurang pada hari akhirat nanti Nabi Muhammad s'a.w ialah orang yang pertama bangkit dari kubur, selepas tu Saidina Abu Bakar as-Siddiq, selepas tu Saidina Umar al-Khattab, selepas itu penghuni kubur Baqi. Jadi sangat beruntung kepada sesiapa yang ditanam di tanah perkuburan Baqi ni.

Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan. Mereka hanya boleh melihat dari sebelah pagar masjid.

Aku berada di perkuburan Baqi' sampai pukul lima dan abang-abang tentera Arab sudah mula berada di gerbang utama bersedia nak tutup pintu. Masa tu langit mendung.

Lepas sampai ke bilik hotel macam biasa member sebilik tanya tadi aku pi ke mana aku kata aku masuk Baqi'. Depa macam teranjat macam mana aku dah boleh sampai ke situ. Aku diam dan sengeh-sengeh saja. Sebenarnya aku pernah pergi umrah dulu jadi aku dah boleh pegi sendiri ke kawasan kubur paling suci di dunia tu tanpa Petugas Haji.


Tengok pintu 36 belah kanan tu. Ada jalan naik ke atas. Pintu gerbang perkuburan Baqi ialah dekat pintu 36 belah kiri tu.


Bila ada tentera berkawal di kubur tu, macam kubur di atas tu sampai tiga orang abang askar jaga, itu tanda kubur tu ialah kubur orang istimewa. Tembok keliling kubur tu pada suatu masa dulu ialah binaan bangunan. Kerajaan Arab Saudi dan ulamak Wahabi telah mengarahkan agar semua binaan di kubur Baqi dimusnahkan. Jadi yang tinggal itulah sahaja.


Atas dan bawah: Satu lagi kubur orang istimewa. Mamat yang berdiri tu boleh cakap Melayu. Tengok muka sekali dah tahu. Di kubur-kubur utama memang diletakkan dua orang yang memberi penerangan pada orang ramai. Aku tanya brader tu, ini kubur siapa? Jawapan standard yang diberi, "tak pasti, bang." Aku kata lagi ada binaan dulu ni jadi mesti orang istimewa ni. Brader tu macam tak begitu selesa nak menyebut nama. Mungkin mereka tidak dibenarkan memberi tahu itu kubur siapa ini kubur siapa. Dia macam takut-takut orang Arab sebelah dia tu dengar jika dia menyebutkan nama. Tapi lepas tu dia cakap pelan-pelan "binaan ni dibuat pada zaman Uthmaniah dulu, kemudian kerajaan Arab Saudi sekarang yang merobohkannya.."


Inilah rupa kubur baru yang sedia dikorek dan menunggu penghuninya sampai. Batu bata di sebelah tu digunakan untuk menutup liang lahad. Ada sekumpulan orang Pakistan atau India atau Bangla (dalam foto atas tu) yang angkat-angkat semua papan tu dan jenguk-jenguk dalam lubang kubur tu. Entah apa atau siapa yang mereka cari. Aku pun apa lagi, ambil kesempatan ikut mereka dan snap foto liang lahad perkuburan Baqi' (foto bawah).


Beginilah keadaannya. Liang lahad ialah lubang belah kanan tu. Sempit dan bila sudah ditimbus, semuanya gelap gelita.


Sudah hampir pukul lima (gate akan ditutup). Langit yang mendung. Tapi ada sinar mentari memancar dari celah-celah awan. Gambaran sebenar lebih indah dari dalam foto di atas.


Aku tak perasan pulak kubur yang ada sempadan batu bata bergigi-gigi ni masa aku pergi umrah dulu. Aneh pulak rupa dia. Kenapa ada sempadan? Tiada siapa yang aku boleh tanya masa tu.

No comments:

Post a Comment