Zon 1, Hotel Al-Haram
Kalau di Mekah, penempatan jemaah haji muassasah Tabung Haji dipanggil Maktab. Kalau di Madinah, dipanggil Zon. Penempatan kami di Madinah ialah di Zon 1 iaitu di Hotel Al-Haram. Hotel ini dekat dengan Masjidil Nabawi. Senang untuk berulang-alik ke masjid berjalan kaki sahaja untuk solat jemaah lima waktu.
Hotel bertaraf 5 bintang. Tapi of course bila dah ditukar jadi tempat tinggal jemaah haji, bintang-bintang tu dan berterabur pergi entah ke mana. Barisan pertama hotel-hotel di sebelah Masjid Nabawi ialah Hotel Movenpick, Oberoi, dan Taiba. Hotel Al-Haram terletak di barisan kedua, atau barisan kedua hotel-hotel. Macam itulah dekatnya dengan Masjid Nabawi. Kalau berjalan kaki keluar dari pintu besar hotel di tingkat bawah pergi jalan kaki ke Masjid Nabawi lebih kurang 2-3 minit sahaja.
Program haji dah selesai di Mekah. Kami dah bergelar haji dan hajjah sekarang. Tiada lagi acara khusus ibadat haji yang rukun, wajib, sunat, makruh atau apa-apa sahaja di Madinah. Oleh itu sesi di Madinah ialah sesi mengisi masa senggang sementara menunggu jadual penerbangan balik ke Malaysia.
Untuk menjadikan sesi di Madinah ni sesi berkualiti dari segi ibadah, kami penuhi ruang masa yang ada untuk melawat tempat-tempat suci dan bersejarah, menziarahi maqam Nabi Muhammad s'a.w, masuk Rawdhah Taman Syurga, beribadat semaksimum mungkin, dan macam-macam perkara lain yang berkaitan. Sebahagian acara telah disusun oleh Tabung Haji. Tak ikut pun tak apa. Sebahagian acara lagi kami buat sendiri-sendiri.
Membeli-belah aku lihat tanpa disedari dah jadi macam suatu ritual. Di Madinah, ruang kepala tidak lagi dipenuhi dengan acara-acara haji. Oleh itu ruang kepala yang kosong itu turut dipenuhi dengan naluri nak membeli barangan dengan alasan untuk bawa cenderahati kepada kawan-kawan dan kerabat di Malaysia, barangan untuk kenang-kenangan diri sendiri, pakaian-pakaian ala-ala Arab dan Islamik untuk dipakai di Malaysia sebagai suatu perlambangan 'aku dah balik haji'.
Bilik kami ialah bilik 834. Maknanya di tingkat 8. Jadi di sini aku memang tak larat nak baik turun tangga macam di Maktab 94 di Makkah. Di Maktab 94 aku naik turun tangga 6 tingkat sahaja. Kalau 8 tingkat, memang tak larat. Lagi pun lift di sini banyak, lebih baik dan tidak slow atau selalu meragam macam di Maktab 94. Bilik kami ada tv flat-screen, ada karpet, ada peti ais mini. Memang selesa. Kami kongsi bilik 4 orang. Tiga orang rakan lama sebilik di Maktab 94 dulu, seorang lagi ialah rakan baru. Dia ni seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan salah seorang dari Sahabat Tabung Haji.
Tempat makan kami di basement. Namanya basement, tapi masih ada kelas, macam dewan makan hotel biasa. Di bahagian lobi ada kedai-kedai macam bazar yang jual macam-macam seperti barang kemas mewah, jam, dan makanan-makanan kering Arab yang popular (berjenis-jenis cokelat, kurma, buah-buah kering dan kacang-kacang).
Di tingkat 1 pula dijadikan pusat operasi Tabung Haji khas untuk jemaah haji Malaysia. Ada pusat kesihatan Tabung haji, pusat kewangan Tabung Haji tempat kami mengeluarkan (menghabiskan) duit, ada pejabat Zon 1, bilik makan untuk kakitangan Tabung Haji. Kami difahamkan yang ibu pejabat Tabung Haji di Madinah adalah di hotel ini.
Tempat paling 'meriah' ialah tempat nak keluarkan duit Tabung Haji. Macam dalam bank. Boleh keluarkan duit Tabung Haji setiap hari. Aku sendiri pun ada pergi ke kaunter situ dan kata 'saya nak keluarkan semua'. Jadi akhirnya tinggallah RM10 sahaja dalam akaun Tabung Haji aku.
Klinik Tabung Haji agak lengang tak macam di Maktab 94 Mekah. Mudah untuk paham kenapa. Tapi aku sendiri ada visit klinik tu. Hujung jari-jari aku macam kebas. Doktor check reading diabetes aku 9.6. Masa buat medical check-up di KL dulu 4.7 sahaja. Aku rasa mungkin sebab terlebih makan kurma, kot. Entahlah. Tapi tuan doktor tu kata nanti balik ke Malaysia sila check semula di klinik atau hospital. Doktor tu macam play down isu diabetes tu. Aku rasalah dia rasa benda tu perkara small matter sahaja.
No comments:
Post a Comment