Wukuf di Arafah ialah salah satu dari rukun haji. Wukuf di Arafah juga dianggap sebagai jantung haji. Tiada haji tanpa wukuf.
Wukuf bermakna 'berada seketika'. Dalam ibadat haji, wukuf di Arafah ialah berada di Arafah pada 9 Zulhijjah dari tergelincir matahari (bila masuk waktu Zohor) sehingga sebelum terbit fajar keesokan harinya (sebelum masuk waktu Subuh 10 Zulhijjah). Wajib berada di Arafah walaupun untuk beberapa saat untuk menyelesaikan ibadat rukun wukuf di Arafah ini.
Kawasan Arafah terletak lebih kurang 22km dari Masjidil Haram. Kawasan ini berpenghuni hanya sekali dalam setahun. Perjalanan dengan bas dari hotel kami ke Arafah lebih kurang 45 minit sahaja.
Pakai ihram sebelum bertolak ke Arafah
Pada 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah) iaitu sehari sebelum hari wukuf, kami dibawa dengan bas menuju ke Arafah. Sebelum bertolak, kami telah mandi sunat ihram, tunaikan solat sunat ihram, pakai pakaian ihram, dan pasang niat ihram haji. Semuanya dibuat di hotel.
Ada tiga trip pergerakan bas dari hotel ke Arafah. Setiap trip ada enam bas bergerak serentak. Setiap bas bawa 48 orang jemaah.
Kami diberi hombor bas masing-masing dan kami diingatkan supaya ingat nombor bas tersebut sebab kami akan pergi, bergerak sana-sini, dan balik semula ke Mekah menggunakan bas yang sama.
Cara yang Nabi Muhammad s'a.w buat ialah pada 8 Zulhijjah Hari Tarwiyah ni ialah pergi ke Mina terlebih dahulu untuk kumpulkan air buat bekalan ibadat di Arafah.
Maktab 94 di Arafah
Berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berkumpul di Arafah untuk berwukuf. Untuk mengelakkan kekeliruan, setiap kumpulan jemaah haji diberikan warna tertentu dan lambang-lambang tertentu. Warna Maktab 94 adalah cokelat. Lambangnya pula ialah gambar barangan elektk.
Sama seperti di hotel, penempatan jemaah haji Maktab 94 di Arafah dan Mina nanti terdiri dari jemaah haji muasassah, jemaah haji Singapura dan jemaah haji swasta (Andalusia).
Jemaah haji di Arafah diberikan pek gula, teh dan cawan setiap haji. Air panas disediakan sepanjang masa. Pergi sendiri untuk ambil. Setiap hari juga kami diberikan dua botol air mineral setiap pagi, tiga botol setiap tengah hari dan dua botol lagi setiap malam.
Ada surau di Arafah. Namun kami semua digalakkan untuk solat jemaah di khemah sahaja.
Wukuf di Arafah
Wukuf ialah jantung ibadat haji. Tiada haji tanpa wukuf. Mesti berada di kawasan Arafah pada waktu-waktu wukuf (9 Zulhijjah) walaupun seketika. Orang yang tak boleh berjalan dibawa dengan wheelchair. Orang yang tak boleh bangun dibawa dengan katil hospital.
Waktu wukuf ialah 9 Zulhijjah selepas tergelincir matahari (masuk waktu Zohor) hingga sebelum masuk waktu Subuh esoknya.
Apa buat pada waktu wukuf?
Aku tak diajarin tentang ibadat-ibadat khusus yang perlu buat masa wukuf ni. Atau mungkin ilmu tu tak sampai kat aku. Jadi aku buat apa yang orang lain buat dan apa yang diberitahu oleh petugas Tabung Haji.
Bila masuk waktu wukuf (bila masuk waktu Zohor) kami berdoa, berzikir, bertasbih baca Qur'an, beristighfar dan macam-macam lagi yang berkaitan. Kami buat mana-mana yang tergerak di hati. Jangan buang masa walaupun sesaat. Masa dan ketika wukuf di Arafah adalah masa dan ketika yang maha mulia dan istimewa. Doa jadi mujarab. Begitulah yang kami diberitahu.
Amat sia-sia kalau masa berwukuf ni dibazirkan dengan hal-hal keduniaan seperti bersembang kosong dengan orang di sebelah. Hatta bersembang kosong dengan diri sendiri pun jangan dibuat.
Petugas haji prepare set speaker dan mic di tengah-tengah khemah kami yang dah jadi macam khemah pelarian tu. Nak bagi kutbah wukuf. Tapi delay ler pulak. Set speaker ada problem. Suara datang dan pergi. Bila dah start pun, suara penceramah tak jelas dan sering putus-putus. Aku rasa kuciwa betul. Tapi nak buat macam mana. Kami jemaah haji kuota tambahan. Serba-serbi tak sempurna.
Jemaah di khemah sebelah nampak lebih teratur. Speaker dia jelas. Ceramah dia jelas. Last-last aku ikut depa berdoa dan aminkan bila depa mengaminkan doa. Aku tinggalkan khemah aku dengan speaker yang ada problem sound tu.
Lepas tu aku berjalan dari satu khemah ke satu khemah lain. Aku berdiri tepi khemah depa dan tumpang aminkan doa depa. Lepas tu aku cari mana-mana dinding dan pokok yang redup, aku sambung doa. Bermacam-macam doa aku doa. Itulah aktiviti dia sepanjang hari tu.
Tapi kami tak habiskan tempoh wukuf di Arafah tu. Kami diminta berkemas-kemas petang tu jugak sebab bas dah ready tunggu untuk bawa kami ke Muzdalifah. Sayang ler jugak sebab masih ada lagi waktu wukuf sebenarnya sampai esok (sebelum subuh). Jadi plan nak terus beribadat sepanjang malam tak kesampaian. Waktu yang amat berharga itu memang singkat tempohnya. Tapi kami ahli kumpulan. Jadi kena ikut acara yang dah ditetapkan.
Kami kemaskan bagasi kami dan pegi naik bas. Waktu tu sekitar waktu Maghrib. Kami dibawa meninggalkan kawasan wukuf dan bergerak ke kawasan lapang Muzdalifah untuk bermabit di situ.
Khemah kami. Blok D. Signage warna cokelat. Pintu masuk ialah dekat kain khemah yang renggang sikit tu.
Khemah kami jugak, yang belah kiri tu. Pintu masuk kedua.
Di hujung simpang tu, masuk kanan, ialah khemah jemaah wanita. Khabarnya lagi padat. Bendera Malaysia di pagar tu dipasang terbalik. Sepatutnya bulan dan bintang belah kiri.
Tikar plastik hijau yang diberi seorang satu oleh Tabung Haji. Itulah tilam kami, katil kami, sempadan tempat tidur kami, juga 'katil bergerak' kami kalau kami nak tidur di luar khemah.
Ada sekumpulan remaja berkulit gelap yang bertugas di kawasan kami. Kerja mereka yang kami nampak ialah jaga kebersihan (kutip sampah) dan bawa barang-barang makanan kami. Kerja lain yang kami tak nampak, kami tak pasti. Kumpulan yang sama ikut kami masa kami berkhemah di Mina. Difahamkan mereka ni berasal dari Nigeria.
Dua orang jemaah berehat di bawah bayangan pokok. Terlalu panas.
Keadaan kami dalam khemah. Dah tak ikut susunan lagi dah. Tengok soket elektrik dekat tiang tu. Jadi 'mangsa' sepanjang masa. Kami kongsi cas telefon tanpa henti.
Di Malaysia ada menteri kata setiap khemah ada 12 orang sahaja. Petugas Tabung Haji pula kata setiap khemah 10 orang sahaja. Hakikatnya.. tengoklah keadaan di atas tu.
Makin lama makin jadi macam kedai dobi. Kain ihram bersidai di sana-sini. Panas tak terkira. Kain dinding khemah dah kami lipat atau gulung sedikit demi sedikit.
Khemah kami yang eksklusif, sebab ada pokok dalamnya :). Dalam keadaan yang padat dan mampat dan suasana yang sangat panas, memang sukar untuk beri tumpuan beribadat. Jadi kebanyakan kami duduk bersembang atau baring melelapkan mata. Kalau nak mengaji atau berwirid, kami akan keluar mencari teduhan di bawah mana-mana pokok yang kami jumpa.
Tempat memasak. Mereka masak nasi dan semuanya di situ, guna kayu api. Boss dia orang Patani. Tahu cakap Melayu.
Pemandangan biasa berhampiran tempat masak. Yang sebelah kiri sekali tu jemaah haji guna troli bawa bekalan air botol untuk jemaah dia. Yang dekat lori tu jemaah yang menunggu peluang kalau dapat air kotak atau jeli lebih di situ. Jemaah wanita di tengah tu tengah bawa mug ambil air panas dekat dapur.
Ya tuan-tuan dan puan-puan. Tandas yang sering diperkatakan oleh blogger dan penceramah kursus haji tentang kepayahan dan keperitannya. Air paip yang kecil tapi masyaAllah panas. Very the panas. Satu bangunan, belah depan untuk lelaki, belakang untuk wanita. Time ambil air sembahyang boleh nampak kelibat wanita ambil air sembahyang melalui celah-celah dinding zing tu. Aku tak intai, tapi ternampak.
Menurut petugas Tabung Haji, setiap 3200 orang menggunakan 20 bilik tandas (10 untuk lelaki dan 10 untuk perempuan). Kami juga diminta untuk tidak membasuh pakaian dalam tandas, serta perlu gunakan tandas dengan cepat.
Papan tanda besar di luar pagar. Ini bermakna kawasan perkhemahan kami berada di bahagian paling hujung Arafah dekat dengan sempadan. Kalau kami keluar melintas jalan raya dan berada di bawah papan tanda tu maka kami sudah terkeluar dari kawasan Arafah.
Actually ini time malam. Entah macam mana bila aku snap gambar guna phone samseng.. eh, Samsung aku tu gambar tu jadi macam tu. Warna oren tu ialah warna lampu tiang. Macam musim bunga pulak. Dua lembaga putih tu bukan pocong, tetapi jemaah wanita pakai telekung. Hamparan putih bawah pokok tu ialah plastik macam plastik lapik meja. Pekerja-pekerja 'budak hitam' tidur di situ. Mereka tak ada khemah.
Masihd alam tempoh wukuf. Tapi kami diminta berkemas sebab dah nak baik bas dah. Dinding khemah pun dah ke mana dah. Kami dan bukak sebab tak tahan panas.
No comments:
Post a Comment