Rabu, 16 September 2015: Alhamdulillah pesawat MAS mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Jeddah pada pukul 3.35 ptg waktu Arab Saudi (8.35 malam waktu KL). Kami dikumpulkan di satu tempat di mana pegawai-pegawai Tabung Haji menyambut kami dan perkara pertama yang mereka beritahu kami ialah 'tandas ada di sebelah kiri..'. Selepas itu mereka memberi tag bas (bar code yang dilekatkan dalam passport kami). Passport dan buku perubatan kami diperiksa. Selepas itu kami diminta untuk sembahyang di mana-mana ruang yang ada di situ.
Ada beberapa pekerja airport bangsa Indonesia yang menjual starter pack no telefon Arab Saudi (Mobily). Ramai yang beli. Harga - 30 Riyal. Aku pun beli jugak. Tapi aku kata kat mamat Indon tu aku takde duit riyal sebab aku memang tak sempat nak tukar masa di KL. Aku kata duit RM boleh ke? Dia termenung sekejap lepas tu dia kata ok. Aku bagi dia RM60 untuk dua starter pack mobily. Aku suruh dia install sekali di telefon aku dan telefon isteri aku.
Buku perubatan kami sangkut
Ada orang Arab pula datang periksa buku perubatan kami satu persatu. Kemudian dia cakap-cakap sesuatu dengan kami. Tapi kami semua mana paham apa yang dia cakap. Dia lepas tu cakap-cakap dengan kawan dia. Macam ada suatu masalah pulak dengan buku perubatan kami tu. Lepas tu petugas haji datang dan terjadi perbincangan antara mereka. Aku dah mula risau, sebab buku perubatan aku ada di tangan orang Arab tu. Apa pulak masalah kali ni.
Tak lama lepas tu aku tengok orang Arab tu pergi ke pejabat dia. Petugas haji mula beri penjelasan pada kami-kami yang sudah risau sejak dari tadi. Petugas haji tu kata sepatutnya pemeriksaan kesihatan dan suntikan dibuat seminggu sebelum masuk ke bumi Arab. Tapi hampir semua dari kami baru saja buat pemeriksaan kesihatan dan belum sampai tempoh seminggu pun. Iyerlah kan, nak buat macam mana, kami ni kan ker jemaah kuota tambahan. Memamg kami TH panggil last minit pun.
So macam mana ni. Akhirnya petugas haji tu kata pegawai perubatan Arab tadi tu akan buat cara lain yang kami kena ikut. Petugas haji tu kata 'kita kena ikutah, kalau tak nanti kita tak dibenarkan masuk.' Aduhai kami dah mula risau. Kena cucuk lagikah kami semua ni.
Lepas tu kami diminta berbaris panjang dan pegawai-pegawai Arab tadi pun datang balik. Mereka bagi satu pil setiap seorang dengan sebotol air. Kami perlu makan pil yang mereka bagi tadi tu. Selepas itu barulah kami boleh bergerak ke tempat pemeriksaan imigresen. Fuhh.. lega kami. Ingatkan kena apalah tadi. Telan pil saja rupanya.
Kaunter imigresen yang meresahkan
Kami kemudiannya dibawa ke kaunter imigresen. Kami dikumpulkan dulu sebab di kaunter belum ada orang. Macam-macam perkara bermain di kepalaku. Inilah part yang paling menyulitkan aku rasa. Sabar sajalah, dan hadapi sajalah karenah orang-orang imigresen Arab ni. Banyak aku baca di blog-blog haji yang menceritakan betapa peritnya layanan pegawai imigresen Arab.
Tak lama kemudian seorang pegawai datang perlahan-lahan dan melihat-lihat kami. Dia tersenyum kepada kami dan berkata "Assalamualaikum.." Kami jawab salam tu beramai-ramai. Eh, ramah pulak pegawai ni. Kami kemudiannnya beratur panjang dan pasport kami diperiksa satu persatu. Proses ni memanglah memakan masa. Mereka scan sepuluh-sepuluh jari kami dan ambil gambar kami. Pegawai imigresen yang periksa pasport aku tu muda lagi. Nampak dia macam baru bangun tidur. Tapi air muka dia baik dan caranya peramah.
Selepas itu kami ambil bagasi masing-masing dan pergi scan bagasi. Bagasi kami tidak dibuka langsung. Petugas Arab di kaunter passport dan kaunter bagasi layan kami dengan baik. Jauh benar berbeza dari catatan-catatan blog yang mengatakan pegawai-pegawai di kaunter imigresen sungguh garang dan menyakitkan hati. Aku rasa lega dan bersyukur panjang.
Sesi menunggu bas yang memenatkan
Setelah selesai urusan check-in, kami dibawa oleh petugas Tabung Haji ke satu kawasan rehat di luar pusat imigresen. Kami berkumpul di situ dan petugas Tabung Haji mendaftar nama kami seorang demi seorang untuk memberi nombor bas dan stickers baru. Passport kami diambil. Sticker baru tu ditampal pada tag nama kami, pada beg sandang warna merah kami, dan pada mana-mana beg yang kami ada.
Proses tersebut sangat perlahan dan kami semua dalam kepanasan. Betul-betul depan aku ada seorang pakcik terlentang atas kerusi roda dia. Kepala dia tersandar ke belakang, tangan dia mendepa ke kiri dan kanan, kaki dia pulak melunjur ke depan. Dia nampak macam lelah susah bernafas. Isteri dia nampak tenang dan tengah uruskan dia perlahan-lahan. Aku nak tolong pun aku tak berapa reti dan tak nak nanti aku lagi menyusahkan. Lepas tu isteri dia tolak kerusi roda tu ke hujung barisan untuk beratur untuk ambil tag bas. Aku tengok petugas haji yang ada kat situ macam tak kisah atau tak peduli atau tak perasan atau takde pengalaman menguruskan benda-benda macam ni. Sepatutnya orang kurang upaya, warga emas atau yang pakai kerui roda macam pakcik tu didahulukan. Mungkin mereka kekurangan pekerja di situ.
Beratur untuk daftar naik bas, ambil nombor bas.
Pek makanan dan air botol pula diedarkan oleh seorang mamat Bangla dengan menggunakan satu troli. Pek makanan tu sama macam yang kami dapat masa kami pergi umrah dulu. Kalau dulu pek makanan 'Mr Sate'. Kali ni aku tengok nama Tabung Haji kat situ. Aku tak lalu makan sebab letih. Iteri ku pun tak makan jugak. Nasi ayam mandy kot, sebab ada seketul ayam dalam nasi tu. Ada yang pegang pek tu di bahagian tepi dan oleh kerana pek makanan tu lembut, terus terburai dan ayam seketul tu jatuh menjunam ke lantai. Macam-macam gelagat orang aku tengok. Kawasan menanti tersebut ada tandas selain dari surau. Menjelang pukul 6 petang, semua urusan pemberian tag maktab selesai.
Yang dalam troli tu ialah pek-pek makanan untuk kami.
Semua keletihan. Letih beratur, letih menunggu.
Selepas itu kami menunggu bas sampai pula. Sementara menunggu bas sampai, kami solat beramai-ramai dahulu. Kami solat maghrib then buat jamak solat Isyaq. Ada ruang surau di situ. Bila aku keluar dari ruang solat tu aku tak jumpa sebelah selipar aku. Ada seorang pakcik tu pulak tak jumpa sebelah selipar dia. Aku dah mula rasa pening. Ujian di bumi Makkah sudah bermulakah? Rupa-rupanya ada seorang pakcik bawa beg dia dan dia seret beg dia tu dengan selipar-selipar kami sekali. MasyaAllah.. macam-macam hal. Lepas tu kami sambung tunggu bas.
Tempat menunggu di lapangan terbang Jeddah. Kami menunggu bas sampai.
By 7.40 malam waktu Mekah, bas pun sampai. Kami dibawa keluar dari kawasan rehat menuju ke kawasan parkir bas. Kami naik bas no. 2. Tapi bas tu tak bergerak jugak. Rupa-rupanya ada orang belum cukup. Seorang mamat Arab kecil montel pakai jubah dengan 'keffiyeh' naik bas dan periksa senarai nama sekali lagi. Memang seorang belum ada dalam bas. Mamat Arab montel tu rupa dia macam pelakon montel Zalif tu.
Dalam 20 minit orang yang 'hilang' tadi muncul. Sengeh-sengeh dia masuk bas. Mamat Arab tadi punyalah suka sampai dia lompat-lompat dan tepuk-tepuk tangan. Ini kerana selagi orang tak cukup seperti dalam senarai, bas tak boleh bergerak.
Perjalanan ke Mekah
Kami dibawa dengan bas menuju ke Maktab 94 di kota Mekah. Jarak Jeddah ke Mekah adalah 75km dan perjalanan memakan masa sejam lebih sikit. Di sepanjang perjalanan aku tak dengar sesiapa pun bertalbiah. Aku pasti masa kursus haji dulu, kami kena bertalbiah masa menuju Makkah. Agaknya semua keletihan. Tapi aku bertalbiah seorang diri perlahan-lahan di sepanjang perjalanan sehingga sampai ke Mekah.
Tidak ada apa-apa yang menarik perhatian aku di kiri-kanan bas di sepanjang perjalanan ke Mekah. Jalannya lurus sahaja. Setakat yang aku ingat ada dua kali kami berhenti kerana ada 'road-block' yang dikawal oleh tentera. Rasa macam masuk ke kawasan peperangan pulak rasanya. Seorang tentera naik ke dalam bas, tanya-tanya soalan pada driver bas, dan semak beberapa passport yang ada dalam karung plastik yang dipegang oleh driver bas. Dalam masa yang sama seorang budak naik ke dalam bas dengan kotak-kotak botol air. "Zamzam! Zamzan! Halal!" Kami dapat air botol seorang satu. 'Halal'tu maksudnya ialah 'percuma'.
Sampai di Mekah kota penuh barakah
Setelah mengharungi perjalanan dari Jeddah sejauh 75 km dengan bas, kami diturunkan di Hotel Burj al-Haram 2. Rasa macam di penghujung dunia hotel ni. Bas kena mendaki sikit sebab macam di puncak bukit. Aku check google.map, lebih kurang satu km dari Masjidil Haram ikut ukuran jalan raya.
Aku pijak bumi Mekah al-Mukarramah pukul 11.23 malam (local time). Ada pakcik Arab tunggu kami di lobi macam penyambut tetamu dan bagi kurma besar seorang satu. Manis muka pakcik Arab tu. Semanis kurma.
Maktab 94 di hotel Burj al-Haram 2
Orang Tabung Haji kata inilah Maktab 94. Di situlah kami akan bermukim sepanjang tempoh berada di Mekah. Aku masuk bilik empat orang. Di sana, aku mendapat tiga orang kawan baru. Perkara pertama kami berempat buat ialah adjust position katil-katil supaya jadi lebih accessible untuk semua. AL-maklum bilik kecil, katil empat, dan tak ada almari.
Alhamdulillah.. setelah semua kelam-kabut, huru-hara, stress dan tensen dengan jiwa penuh kacau tanpa persediaan yang mencukupi akhirnya sampai juga aku ke bumi Arab untuk menunaikan haji dan menjadi salah seorang dari jutaan duyufurrahman. Aku rasa sungguh gumbira.
No comments:
Post a Comment