Sunday, November 1, 2015

Masjidil Haram

Masjidil Haram ialah masjid yang paling suci di dunia Islam. Juga merupakan masjid yang paling besar di dunia. Masjid ini mengelilingi kaabah. Pada zaman Nabi Muhammad s'a.w dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Masjidil Haram tidak ada dinding. Perluasan kawasan di sekitar Masjidil Haram yang asal itu dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan diteruskan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Sehingga sekarang ini, Masjidil Haram mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 900,000 orang. Namun pada musim-musim haji, Masjidil Haram mampu menampung seramai dua juta jemaah sekali gus.

Orang di Makkah menyebut Masjidil Haram sebagai al-Haram sahaja. Kalau sebut masjid, mereka tidak akan paham. Masjidil Haram ada 9 menara. Empat menara berpasang manakala hanya ada satu menara yang tunggal.

Apa ada dalam Masjidil Haram? Ada kaabah, ada Maqam Ibrahim, ada Hijir smail, ada telaga zamzam. Dulu ada bangunan besar di atas Maqam Ibrahim dan satu bangunan lagi besar di atas telaga zamzam. Tapi kerajaan Arab Saudi sekarang telah meruntuhkan bangunan-bangunan itu untuk meluaskan kawasan tawaf.

No comments:

Post a Comment