Sunday, November 1, 2015

Fakta Menarik Arab Saudi

  1. Di Arab Saudi, air lebih mahal dari minyak!

  2. Wanita dilarang memandu di Arab Saudi. Satu-satunya negara di dunia yang guna undang-undang ini

  3. Cuti bersalin untuk pekerja wanita di sektor awam ialah selama dua tahun!

  4. Di Jeddah ada air pancut tertinggi di dunia.

  5. Lapangan Terbang Raja Khaled di Riyadh ialah lapangan terbang terbesar di dunia.

  6. Semasa waktu sembahyang, semua kedai ditutup.

  7. Kerajaan Arab Saudi menentang kuat khurafat dan sihir. Buku kanak-kanak Harry Potter diharamkan oleh kerajaan.

  8. Pasar unta di Arab Saudi adalah pasar unta yang terbesar di dunia.

  9. Arab Saudi ialah negara terbesar di dunia yang tidak ada sungai. Walaupun seluas 2.2 juta km persegi namun tiada sebatang sungai pun di Arab Saudi.

  10. Sumber air paip adalah dari air laut. Arab Saudi ialah pengeluar air disalinasi (air laut yang diproses jadi air tawar) terbesar di dunia.

  11. Arab Saudi ialah tempat lahirnya Islam di dunia ini.

  12. Ada dua kota suci di Arab Saudi iaitu kota Makkah al-Mukarramah dan kota Madinah al-Munawarah.

  13. Dua masjid paling mulia dalam dunia Islam ada di Tanah Arab iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

  14. Di Tanah Arab jugalah terletaknya Kaabah.

  15. Tempat pertemuan pertama Nabi Adam dan Hawa selepas turun ke dunia juga di Tanah Arab, iaitu di bukit Rahmah (Jabal Rahmah).

  16. Telaga Zam-zam yang tidak pernah kering terletak di Arab Saudi yang merupakan antara negara paling kering di dunia.

  17. Nama rasmi Tanah Arab ialah Kingdom of Saudi Arabia (al-Mamlakah al-‘Arabīyah as-Su‘ūdīyah).

  18. Arab Saudi ialah negara terbesar di Asia Barat, dan negara Arab kedua terbesar selepas Algeria, dan negara ke-13 terbesar di dunia (Malaysia negara ke-67).

  19. Arab Saudi bersempadan dengan Jordan dan Iraq di utara, Kuwait, Qatar dan Bahrain di barat laut, United Arab Emirates (UAE) di timur, Oman di tenggara, dan Yemen di selatan. Bermakna Arab Saudi ada lapan jiran tetangga. Laut Merah terletak di barat dan Teluk Parsi terletak di timur.

  20. Puncak tertinggi ialah Gunung Sawda (3133 meter) iaitu puncak yang ke-61 tertinggi di dunia (Gunung Kinabalu, 4100m ialah yang ke-41 tertinggi di dunia).

  21. Di bahagian selatan Arab Saudi terletak kawasan kosong yang dinamakan Rub Al-Khali. Memang kosong betul. Hanya ada pasir. Merupakan padang pasir terbesar di dunia. Kawasan ini adalah lima kali ganda keluasan England. Kawasan ini pernah tidak menerima hujan selama sepuluh tahun.

  22. Purata hujan di Arab Saudi ialah setahun sekali.

  23. Purata suhu ialah 45 darjah tapi pada musim panas boleh mencecah 54 darjah. Pada musim sejuk, suhu boleh jatuh di bawah paras beku.

  24. 100% penduduk Arab beragama Islam.

  25. Hukum al-Quran menjadi undang-undang negara. Hudud dilaksanakan.

  26. Walaupun dilaksanakan hudud, dalam tempoh 10 tahun, hanya ada 11 kes hudud potong tangan bagi pesalah yang mencuri.

  27. Bendera Arab Saudi berwarna hijau dengan kalimah syahadah berwarna putih. Simbol pedang dimasukkan pada tahun 1906.

  28. Zon waktu Arab Saudi ialah GMT+3. Zon waktu Malaysia ialah GMT+8. Beza masa ialah lima jam. Maknanya, masa 6 petang di Malaysia ialah pukul 1 petang di Arab Saudi. Malaysia lebih awal nampak matahari dari Arab Saudi.

  29. Pada tahun 1950, Arab Saudi ada 3 juta penduduk sahaja. Namun kini anggaran penduduk Arab ialah seramai 27 juta orang. Dari jumlah ini, 9 juta ialah profesional dari negara luar yang berdaftar (expatriates), 2 juta pendatang haram, dan selebihnya 16 juta orang Arab.

  30. Bumi Arab memang luas. Namun kepadatan penduduk mereka ialah 12 orang setiap km persegi.

  31. Bangsa asing yang paling ramai di Arab Saudi ialah orang India (1.3 juta) diikuti dengan orang Pakistan, orang Mesir, orang Yaman, Bangla, Filipino, Jordan, Indonesia, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Turki.

  32. Dulu negara Arab ni hanya dikenali sebagai Tanah Arab. Kerajaan Arab Saudi yang ada sekarang ini secara rasminya diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud (Ibn Saud) pada 23 September 1932. Tapi kerajaan Arab Saudi ni sebenarnya telah dibentuk sejak tahun 1902 lagi apabila keluarga Saud ni menawan Riyadh. Sekarang, Arab Saudi ialah kerajaan monarki (beraja).

  33. Tiada parti politik di sana. Keluarga Saud akan perintah Arab Saudi sampai mati.

  34. Nama Arab Saudi diambil dari nama keluarga Saud.

  35. Arab Saudi ialah pengeluar minyak kedua terbesar di dunia di belakang Amerika, mempunyai simpanan minyak kedua terbesar di dunia, dan mempunyai bekalan gas asli keenam terbanyak di dunia. Industri minyak meliputi 90% dari hasil eksport mereka dan membentuk 70% dari pendapatan negara.

  36. Import utama Arab Saudi ialah senjata dan kenderaan.

  37. Kekayaan minyak mereka membolehkan Arab Saudi membina 'kerajaan kebajikan'. Pendidikan di semua peringkat adalah percuma di Arab Saudi. Tiada cukai pendapatan di Arab Saudi. Perubatan awam juga percuma.

  38. Mata wang Arab Saudi ialah Saudi Riyal (SR). Masa kami pergi umrah dulu dalam tahun 2012, duit RM lagi mahal dari duit SR. Kalau tukar RM100 dapatlah lebih kurang SR120. Sekarang 2015 dah berbeza. Seringgit Malaysia bersamaan dengan 86 sen duit Arab. Dulu bagi RM100 dapat lebih duit Arab, sekarang bagi RM100 dapat kurang dari 100 duit Arab. Dominasi wang kertas Riyal ialah 1, 5, 10, 50, 100, dan 500. Wang syiling disebut Halalah (sen), dengan dominasi 5, 10, 25, 50 dan 100. Satu Riyal = 100 halalah.

  39. Menara jam di Makkah (Abraj Al-Bait Towers atau Mecca Royal Hotel Clock Tower) ialah menara jam paling besar di dunia. Jam ini lebih besar dari jam di Istana Warsaw di Poland, jam Big Ben di London, atau Rajabai Clock Tower di Mumbai.

  40. Jam besar di Menara Zam-zam di tepi Masjidil Haram boleh dilihat dari jarak 8km. Di bangunan ini juga terletak hotel tertinggi di dunia dan di puncaknya, terbentuk binaan bulat sabit terbesar di dunia. Menara Abraj Al-Bait ialah menara kedua tertinggi di dunia selepas menara Burj Khalifa di Dubai.

  41. Bandar terbesar di Arab Saudi ialah ibu negaranya iaitu Riyadh (6.5 juta penduduk), diikuti oleh Jeddah (3.9 juta), Makkah (1.8 juta) dan Madinah (1.6 juta).

No comments:

Post a Comment