Sunday, November 1, 2015

Umrah Sunat

Kami tinggal di Makkah selama 31 hari. Dua kali kami buat umrah wajib. Umrah wajib pertama ialah umrah haji tamattuk. Jika buat haji tamattuk, kita buat umrah dulu dalam musim haji, selepas itu baru buat haji. Umrah wajib yang pertama ni selesai pada hari kedua kami sampai di Makkah. Umrah wajib kedua ialah umrah haji yang kami buat selepas balik dari operasi masyair.

Dua umrah wajib berkenaan selesai dalam masa dua hari sahaja. Malah sebenarnya dalam setengah hari saja pun dah selesai umrah tu. Jadi dalam hari-hari berikutnya di Makkah tu kami isi dengan umrah sunat. Kami sempat buat tujuh umrah sunat.

Umrah sunat ni sama sahaja dengan umrah wajib. Sama saja rukun dia dan pakai ihram. Kami kena pergi ke miqat, solat sunat ihram di masjid di miqat tu, pasang niat ihram, balik semua ke Makkah untuk tawaf tujuh pusingan, lepas tu saie tujuh pusingan juga, lepas tu bercukur untuk mencapai tahalul. Semuanya kena buat dengan tertib (ikut turutan) dan pakai ihram.

Keluar ke tanah halal (miqat)

Untuk buat umrah kena pergi keluar ke sempadan tanah haram dengan tanah halal terlebih dahulu. Sempadan tu dinamakan miqat. Masa mula-mula datang dengan flight dulu miqat kami ialah di Qarnul Manazil. Di situlah kami pasang niat ihram dalam kapal terbang. Kalau datang dari Madinah naik bas, miqat kita ialah di Bir Ali. Masa kami di Makkah, kami keluar ke miqat yang paling dekat dengan Masjidil Haram iaitu di Tanaim. Dua kali kami pergi dengan bas iaitu semasa sesi lawatan luar yang diuruskan oleh Tabung Haji. Dah kebetulan kami buat lawatan luar jadi kami singgah di Tanaim untuk miqat. Jadi masa lawatan tu kami pakai ihram siap-siap.

Tabung Haji tidak uruskan umrah sunat ni. Mereka tak cukup orang (alasan klise). Jadi sapa-sapa yang nak buat umrah sunat kena pergi sendiri-sendiri. Pandai-pandailah bawak diri.

Kami pergi Tanaim naik teksi atau van.

No comments:

Post a Comment