Tabung Haji ada menyediakan senarai barangan yang perlu dibawa oleh jemaah haji. Jadi bolehlah bawa ikut mana yang disarankan. Senarai barangan dan kelengkapan yang senaraikan itu adalah untuk kegunaan jemaah haji muasassah yang akan berada selama 40 hari paling kurang di Makkah dan Madinah. Kalau pergi haji menggunakan pakej, yang tidak tinggal di Makkah dan Madinah selama tempoh jemaah haji muasassah, maka senarai barangan keperluan mereka mungkin berbeza. Misalnya kawan aku ikut pakej RM126k yang turut disertai oleh Mufti Perlis dan IGP, mereka berada di Tanah Arab aku rasa dalam 10-12 hari sahaja. Jadi keperluan barangan mereka untuk tempoh yang sekejap tu pastilah tak sama dengan keperluan jemaah haji muasassah.
1. Kain ihram
Ini paling asaslah, untuk orang lelaki. Kalau perempuan, cukup dengan telekung saja. Aku bawa tiga pasang kain ihram.
2. Duit Riyal Saudi
Duit satu keperluan. Kena bawa. Di sini jemaah haji muasassah mungkin beruntung berbanding jemaah pakej kerana kami boleh mengeluarkan duit Tabung Haji setiap hari. Ini kerana Tabung Haji ada buka kaunter poengeluaran wang di maktab-maktab (di Makkah) dan zon (di Madinah). Tak perlu bawa buku akaun Tabung Haji, tapi cukup dengan menggunakan tag nama sahaja. Servis kewangan Tabung Haji ini adalah untuk pengeluaran sahaja dan bukan untuk simpanan atau tukaran matawang. Duit yang dikeluarkan adalah duit riyal.
Masa kami pergi haji dalam bulan September-Oktober 2015, nilai tukaran wang ialah SR1000 = RM0.9700
3. Telefon
Handpone kena bawa. Penting untuk berkomunikasi. Handphone sekarang ni pun canggih sebab digunakan juga sebagai kamera, alat perakam video, media sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan dan sanak keluarga di Malaysia (melalui Whatsapp, Telegram, Facebook, dan sebagainya), dan untuk kegunaan masa kecemasan. Malah di tali tag nama dan rantai keselamatan kami memang ada tertera nombor-nombor telefon yang penting untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. Pendek kata, handphone adalah penting dalam urusan seharian kami di sana.
4. Makanan tambahan
Yang ini ikut selera masing-masinglah. Ada yang bawa serunding sebab katanya makanan yang sama dengan cara masakan orang Arab akan membunuh selera setelah beberapa hari tinggal di Arab Saudi. Tambahan pula masakan gaya Arab Saudi ni kering tanpa kuah. Ada juga yang bawa garam.
5. Ubat
Bawa ubat dari Malaysia jika anda memang terikat dengan ubat. Ini kerana ubat-ubat di Arab Saudi dibuat khas untuk orang yang hidup dalam cuaca panas kering. Jadi ada ubat yang dibeli di farmasi di sana yang tak serasi dengan badan kita. Dan, ubat di Arab Saudi memang mahal. Mahal sangat-sangat. Maktab-maktab di Makkah dan zon di Madinah ada pusat kesihatan yang memberi ubat percuma. Tapi ubat dari pusat kesihatan ini diberi hanya bila kita sakit. Kalau tak sakit, tak dapat ubat. Tapi lebih baik guna ubat sebelum sakit.
6. Spec hitam
Cermin mata hitam ialah benda remeh dan kecil yang orang rasa tak penting tapi bila dah sampai di Tanah Arab yang panas terik berdesing then barulah tahu betapa perlunya cermin mata hitam. Tapi cermin mata hitam boleh dibeli di sana.
7. Pakaian harian
Bawa pakaian yang sesuai dan mencukupi untuk kehidupan harian dan ibadat selama 40 hari di Tanah Arab. Pakain yang dimaksudkan ini termasuk pakaian luar, pakaian dalam, dan kasut. Pakaian boleh dibasuh hari-hari, atau hantar dobi.
No comments:
Post a Comment